Great Finder

Di sini anda boleh cari Lagu, Movie, Anime, Video, dan Software. Saya telah mudahkan pencarian anda supaya anda dapat download apa yang anda cari daripada file hosting yang telah saya pilih. Jadi, taipkannya dibawah dan cari lah apa-apa pun. Selamat mencari....
Loading

Wednesday, July 22, 2009

Software untuk kekalkan prestasi XP

Post kali ini akan fokus kepada software yang boleh mengekalkan tahap prestasi Windows XP secara lebih teratur dan lancar. Saya sudah mencuba beberapa software, dan saya cadangkan tiga software untuk digunakan oleh anda. Software-software tersebut adalah CachemanXP, CCLeaner, dan SmartDefrag. Software-software tersebut boleh didownload di sini (Saya sudah compilekan sekaligus).

CCleaner

CCleaner adalah software untuk membersihkan sistem komputer dari Junk file, Temporary file, dan banyak lagi data-data yang tidak berguna. Data-data tersebut akan memberatkan komputer dan menurunkan prestasi sistem.

1. Install CCleaner
2. Buka CCleaner
3. Klik 'Analyze'. Tunngu sehingga selesai.
4. Klik 'Run Cleaner'. Selesai. Pastikan anda selalu menggunakan CCleaner ini.

Cacheman XP

CachemanXP adalah software untuk mengoptimumkan penggunaan RAM oleh sistem. Biarkan sahaja software ini running kat Tray icon kerana software ini mempunyai 'Auto-recovery'. Anda boleh juga klik pada cachemanxp di tray icon untuk recovery secara manual.

SmartDefrag

SmartDefrag adalah software untuk defrag harddisk (menyusun fail-fail). Pada asasnya, sistem XP sudah mempunyai Defragmenter sendiri. Tetapi defragmenter asal memakan masa yang agak lama untuk defrag. SmartDefrag dengan teknologinya yang canggih hanya memakan masa yang singkat untuk defrag 2 atau 3 partition sekaligus.

1. Install SmartDefrag
2. Setting seperti gambarajah dibawah:

Setkan pada Deep optimize,




kemudian, pilih Auto-defrag dan setkan seperti di bawah



kemudian pilih Options dan setting seperti gambar di bawah



3. Selesai. SmartdDefrag akan defrag PC anda secara automatik.

No comments:

Post a Comment