Great Finder

Di sini anda boleh cari Lagu, Movie, Anime, Video, dan Software. Saya telah mudahkan pencarian anda supaya anda dapat download apa yang anda cari daripada file hosting yang telah saya pilih. Jadi, taipkannya dibawah dan cari lah apa-apa pun. Selamat mencari....
Loading

Wednesday, July 29, 2009

SMPlayer pemain multimedia lengkap?



Salah satu kegunaannya yang paling menarik adalah Player ini mengingat pengaturan semua file yang diputar. Contohnya, apabila anda menonton filem dan tiba-tiba anda perlu offkan komputer atau ke mana-mana, anda boleh menyambung filem anda tadi daripada saat anda tinggalkan komputer dengan aturan yang sama: audio lagu, sub judul, volume, subtitle dan lain-lain..

Dengan menggunakan SMPlayer, memori komputer anda tidak akan terbeban dengan penggunaan memori yang banyak. Antara kegunaan yang lebih menarik Player ini:

- Player ni boleh main pelbagai format walaupun tanpa codec dalam komputer. .3gp, .ac3, .ape, .asf, .avi, .bin, .dat, .divx, .dv, .dvr-ms, .flac, .flv, .iso, .m1v, .m2t, .m2ts, .m2v, .m3u, .m3u8, .m4v, .mkv, .mov, .mp3, .mp4, .mpeg, .mpg, .mpv, .mqv, .nsv, .ogg, .ogm, .ogv, .pls, .ra, .ram, .rec, .rm, .rmvb, .swf, .ts, .vcd, .vfw, .vob, .wav, .wma, .wmv.

- Anda boleh ubah subtitle. Pilih Font, saiz Font, dan warna Font.

- Boleh mainkan banyak jenis fail multimedia.

- Seeking menggunakan tetikus sahaja.

- Video equalizer, ubahlah brightness, contrast, hue, saturation dan gamma video anda.

- Main fail anda dengan pelbagai kelajuan. 2X, 4X... dan dalam keadaan perlahan.

- Pelbagai jenis filters. Deinterlace, postprocessing, denoise... dan karaoke filter (voice removal).

- Ubahsuai Audio dan subtitles delay.

- Boleh mencari subtile secara terus di opensubtitles.org.

- Ubahsuai Player ni mengikut selera anda..

Laman Download

Saturday, July 25, 2009

Buang password fail PDF

PDF Unlocker ini khas untuk membuang password yang terdapat pada fail PDF. Password yang terdapat pada fail PDF menghalang anda daripada print fail PDF tersebut, mengubah isi kandungan fail dan bermacam-macam lagi halangan kepada anda yang telah disetkan oleh penulis PDF tersebut. Software ini amat berguna untuk pelajar sekiranya nota-nota yang diberi dalam bentuk PDF oleh pensyarah atau pengajar mereka mempunyai password. Yang baiknya, software ini adalah percuma (Freeware).

1. Download PDF Unlocker
2. Ekstrak fail ZIP
3. Install PDF Unlocker
4. Tarik fail yang ada password ke atas Icon PDF Unlocker di Desktop:



5. Setelah langah 4 dibuat, satu tetingkap CMD akan keluar. Tunggu hingga selesai.



6. Satu fail PDF akan dibuat oleh software dengan sambungan nama _noPW.



7. Selesai. Selamat mencuba...

Friday, July 24, 2009

Burn fail image ke CD/DVD dengan software percuma


Anda nak burn** image fail seperti .img, .iso, .cue secara percuma? Software yang saya cadangkan adalah ImgBurn. ImgBurn adalah software percuma yang setanding dengan software berbayar. Anda boleh buat fail image daripada fail atau folder, import image fail daripada CD/DVD, buat data disk ke CD/DVD, dan verify CD/DVD. ImgBurn menyokong fail-fail image tersebut:

*.ape *.bin *.cdi *.cdr *.cue *.di *.dvd *.flac *.gcm *.gi *.ibq *.img *.iso *.lst *.mds *.nrg *.pdi *.udi *.wv

-Download ImgBurn

-Ini adalah paparan permulaan software ini:



-Ini adalah skrin untuk burn fail image:



-Klik pada butang 'Browse' dan cari fail image yang nak diburnkan
-Akhir sekali, selepas seting mengikut kehendak anda, klik butang 'Write'

** Burn merujuk kepada menulis sebarang fail atau data ke dalam CD/DVD

P/S: Pastikan komputer anda mempunyai pemacu yang menyokong untuk 'write' ke dalam CD atau DVD

Thursday, July 23, 2009

Gabungan multimedia yang terbaik


Kali ni saya cadangkan gabungan terbaik Codec + Real Player + GOM Player untuk mendapatkan multimedia player yang terbaik supaya anda dapat mainkan kebanyakan format-format audio dan video dengan sempurna. Untuk Codec, saya cadangkan anda gunakan XP Codec kerana codec ini akan membolehkan anda mainkan format-format audio/video yang jarang dikenali. Download codec ini dilaman web XP Codec. Install codec ini terlebih dahulu.

Selepas Install codec, anda bolehlah Install Real Player. Real player digunakan untuk mainkan video yang berformat .rmvb, .ram, .rm dan lain-lain. Anda boleh download Real Player di laman web Real Player. Pilih yang free version.

Untuk yang terakhir, anda boleh Install GOM player. Untuk GOM player, setkan GOM player sebagai default player untuk semua jenis format audio/video kecuali format video .rm, .rmvb, dan .ram. Download GOM player di laman web GOM player

Pendrive Protector: Cegah sebelum diserang Virus

Pendrive Protector merupakan pelindung barisan pertama sistem komputer daripada jangkitan virus-virus daripada pendrive dan external harddisk. Pendrive Protector akan mengesan virus-virus setelah anda mencucuk pendrive di USB port terlebih dahulu sebelum antivirus lain mengesannya. Software ini amat senang dikendalikan. Ia juga tidak mempunyai masalah kesesuaian dengan antivirus yang lain. Install dan biarkan ia running dekat System Tray.

1. Download Pendrive_Protector
2. Extract dan klik install. (Installation akan menjadi hang buat seketika)
3. Tunggu sehingga selesai


'Mencegah lebih baik daripada mengubati'...

Fix pelbagai virus dengan Dirty Remover v3

Dirty remover v3 akan memudahkan kerja memusnahkan virus. Pelbagai jenis pemusnah virus dan fix yang terdapat dalam Dirty Remover ni.

Antara kelebihan Dirty Remover v3

1. Membuang Amvo virus dan varian-variannya
2. Membaiki Hidden File yang hilang
3. Membaiki Folder Options yang hilang
4. Membaiki Task Manager yang tidak dapat dibuka
5. Membaiki Regedit yang tidak dapat dibuka
6. Membaiki Search yang hilang
7. Membuang KillVBS.vbs
8. Membuang Autorun[monit.exe]
9. Membuang I-Worm/Stration.DTP[driveguard.exe]
10. Membuang sfx.dll.vbs and kinza.exe
11. Membuang Kxvo.exe, MonaRonaDona, Netsky, Noooh, Patty, sbsm.exe, Tavo.exe, Virtual Made, Virtumonde and VirusHeat
12. Membuang ise32.exe Win32[AutoRun.KS.Worm]


Download Dirty_Remover_v3(20080816)by_n0f3a6

1. Klik Dirty Remover.exe
2. Klik OK dan tunggu sehingga selesai


Selamat mencuba ; )...

Buang virus Kavo dengan Kavo Killer

Virus Kavo

Virus ini dikesan sebagai worm (TrendMicro), Trojan-PSW.Win32.OnLineGames(Kaspersky), Infostealer.Gampass (Symantec), TR/Crypt.NSPM.Gen (Avira), Troj/Lineag-GLH (Sophos). Ia menjangkiti komputer terutamanya melalui pendrive atau external harddisk. Cara jangkitan dengan membuat salinannya sendiri. Nama yang selalu digunakan adalah Kavo.exe, nt1delect.com, amvo.exe, ntdelect.com. Ia juga cepat berubah menjadi varian-varian dengan nama yang berlainan. Ia juga akan membuat satu salinan AUTORUN.INF ke dalam pendrive atau external yang diakses.




1. Download Kavo Killer (Ada sesetengah Antivirus akan detect software ini sebagai virus, abaikan sahaja amaran tersebut)
2. Restart komputer dalam Safe Mode. (Mula-mula start komputer tekan F8 hingga keluar menu, pilih Safe Mode)
3. Setting kavo killer seperti gambar di bawah
4. Klik pada ruang yang ditunjuk anak panah
5. Selesai. Restart seperti biasa.

Bing enjin carian terbaru dari Microsoft


Bing adalah enjin carian terbaru daripada syarikat Microsoft. Bing dikatakan cuba untuk menyaingi enjin carian popular di dunia, Google. Enjin carian Bing sangat ringkas seperti enjin carian Google, tetapi mempunyai kelainan dengan penambahan background yang sangat cantik. Mungkin background ini dapat menarik pengguna internet untuk menggunakan Bing sebagai enjin carian default mereka. Namun, enjin carian ini sedang dalam percubaan (beta) dan memerlukan feedback dari pengguna internet. Anda boleh klik Bing untuk melihat sendiri enjin carian tersebut.

Wednesday, July 22, 2009

Software untuk kekalkan prestasi XP

Post kali ini akan fokus kepada software yang boleh mengekalkan tahap prestasi Windows XP secara lebih teratur dan lancar. Saya sudah mencuba beberapa software, dan saya cadangkan tiga software untuk digunakan oleh anda. Software-software tersebut adalah CachemanXP, CCLeaner, dan SmartDefrag. Software-software tersebut boleh didownload di sini (Saya sudah compilekan sekaligus).

CCleaner

CCleaner adalah software untuk membersihkan sistem komputer dari Junk file, Temporary file, dan banyak lagi data-data yang tidak berguna. Data-data tersebut akan memberatkan komputer dan menurunkan prestasi sistem.

1. Install CCleaner
2. Buka CCleaner
3. Klik 'Analyze'. Tunngu sehingga selesai.
4. Klik 'Run Cleaner'. Selesai. Pastikan anda selalu menggunakan CCleaner ini.

Cacheman XP

CachemanXP adalah software untuk mengoptimumkan penggunaan RAM oleh sistem. Biarkan sahaja software ini running kat Tray icon kerana software ini mempunyai 'Auto-recovery'. Anda boleh juga klik pada cachemanxp di tray icon untuk recovery secara manual.

SmartDefrag

SmartDefrag adalah software untuk defrag harddisk (menyusun fail-fail). Pada asasnya, sistem XP sudah mempunyai Defragmenter sendiri. Tetapi defragmenter asal memakan masa yang agak lama untuk defrag. SmartDefrag dengan teknologinya yang canggih hanya memakan masa yang singkat untuk defrag 2 atau 3 partition sekaligus.

1. Install SmartDefrag
2. Setting seperti gambarajah dibawah:

Setkan pada Deep optimize,




kemudian, pilih Auto-defrag dan setkan seperti di bawah



kemudian pilih Options dan setting seperti gambar di bawah



3. Selesai. SmartdDefrag akan defrag PC anda secara automatik.

Ebook percuma

1. Panduan blogspot. Ebook tentang membuat blog bagi yang baru melibatkan diri dalam pembinaan blog blogspot.com.

2. 100 cara promosi web. Ebook tentang 100 cara untuk mempromosi dan menarik trafik web yang banyak ke laman web anda

3.Panduan duit MyMasyuk. Sebuah panduan membuat duit melalui social networking (Myspace/Friendster).

4. The Four Weeks to Freedom (coretan peribadi). Sebuah coretan peribadi IM tempatan, saudara Zamri Nanyan.

5. Diari kehidupan seorang IM. Sebuah diari kehidupan seorang Internet Marketer Malaysia, Pn Lisa Hilmi.

Buang notifikasi Windows Genuine

Post kali ini adalah proses hacking sikit. Pernahkah anda mengalami masalah ini?



Saya sediakan cara paling senang untuk membuang notification sebegini. Anda download saja WGA Crack di sini

1. Unpack fail .ZIP tersebut
2. Klik pada 'installer.bat'
3. Tunggu hingga selesai
4. Restart komputer

Selamat mencuba...

Monday, July 20, 2009

Peroleh kembali data yang hilang

Kadang-kadang anda kehilangan data-data penting dalam komputer anda. Terdelete? Virus punya angkara? Partition tiba-tiba hilang? harddisk corrupt? Tentu saat itu memeningkan kepala terutamanya apabila kehilangan data-data seperti .doc, .docx,.xls dan macam-macam lagi. Jangan risau kerana data-data tersebut dapat di ambil semula menggunakan software-software recovery.

Banyak software recovery yang terdapat di luar sana. Antara contoh-contoh software adalah GetDataBack, Recuva, Active Undelete. Berdasarkan pengalaman saya mengatasi masalah ini, saya lebih menggemari Active Undelete kerana kebanyakan data-data yang hilang dapat di ambil semula. Software ini juga sangat ringkas dan senang dikendalikan. Namun, software ini adalah software berbayar berbanding software percuma Recuva.

Bagi yang betul-betul hendak recover balik data anda, click la link di bawah untuk download. Selamat mencuba...


Active Undelete (Mediafire Link)