
Kali ni saya cadangkan gabungan terbaik Codec + Real Player + GOM Player untuk mendapatkan multimedia player yang terbaik supaya anda dapat mainkan kebanyakan format-format audio dan video dengan sempurna. Untuk Codec, saya cadangkan anda gunakan XP Codec kerana codec ini akan membolehkan anda mainkan format-format audio/video yang jarang dikenali. Download codec ini dilaman web XP Codec. Install codec ini terlebih dahulu.
Selepas Install codec, anda bolehlah Install Real Player. Real player digunakan untuk mainkan video yang berformat .rmvb, .ram, .rm dan lain-lain. Anda boleh download Real Player di laman web Real Player. Pilih yang free version.
Untuk yang terakhir, anda boleh Install GOM player. Untuk GOM player, setkan GOM player sebagai default player untuk semua jenis format audio/video kecuali format video .rm, .rmvb, dan .ram. Download GOM player di laman web GOM player
No comments:
Post a Comment