Great Finder

Di sini anda boleh cari Lagu, Movie, Anime, Video, dan Software. Saya telah mudahkan pencarian anda supaya anda dapat download apa yang anda cari daripada file hosting yang telah saya pilih. Jadi, taipkannya dibawah dan cari lah apa-apa pun. Selamat mencari....
Loading

Monday, April 12, 2010

Windows 7: Explorer.exe tidak berfungsi ketika Startup

Kemungkinan serangan virus menyebabkan pengguna tidak dapat masuk ke dalam sistem Windows Seven. Keadaan ini disebabkan Explorer.exe tidak dijalankan (not executed) semasa Startup. Pengguna hanya dapat melihat Wallpaper dan Cursor sahaja tetapi tidak dapat melihat Icon pada Desktop.



1. Tekan Shift Key beberapa kali (5 kali ke atas) sehingga keluar Popup bertulis "Do you want to turn sticky keys on?"
2. Klik pada  "go to the ease of access center to disable the keyboard shortcut".
3. Tetingkap baru akan muncul.
4. Taipkan C:\ pada address bar
5. Pergi ke C:\windows\ dan klik pada explorer.exe.
6. Sekarang anda telah berjaya melihat icon-icon dipaparkan bermakna explorer.exe telah diaktifkan.
7. Lakukan pembersihan virus dengan Antivirus.

Selama mencuba...