Kemungkinan serangan virus menyebabkan pengguna tidak dapat masuk ke dalam sistem Windows Seven. Keadaan ini disebabkan Explorer.exe tidak dijalankan (not executed) semasa Startup. Pengguna hanya dapat melihat Wallpaper dan Cursor sahaja tetapi tidak dapat melihat Icon pada Desktop.
1. Tekan Shift Key beberapa kali (5 kali ke atas) sehingga keluar Popup bertulis "Do you want to turn sticky keys on?"
2. Klik pada "go to the ease of access center to disable the keyboard shortcut".
3. Tetingkap baru akan muncul.
4. Taipkan C:\ pada address bar
5. Pergi ke C:\windows\ dan klik pada explorer.exe.
6. Sekarang anda telah berjaya melihat icon-icon dipaparkan bermakna explorer.exe telah diaktifkan.
7. Lakukan pembersihan virus dengan Antivirus.
Selama mencuba...
mcm mane nk save file dari shockwave player yg ade kat internet..?
ReplyDeleteSaudara/saudari boleh menggunakan cara mudah iaitu dengan install 'sothink: Flash downloader For firefox' di "http://www.sothink.com/product/swfcatcher/firefox/index.php"
ReplyDelete