Great Finder

Di sini anda boleh cari Lagu, Movie, Anime, Video, dan Software. Saya telah mudahkan pencarian anda supaya anda dapat download apa yang anda cari daripada file hosting yang telah saya pilih. Jadi, taipkannya dibawah dan cari lah apa-apa pun. Selamat mencari....
Loading

Friday, October 30, 2009

Padam Fail Yang Sukar Dihapuskan

Kadang-kadang, ketika kita ingin memadam beberapa fail, tetingkap amaran muncul seperti ini:

 

Dan lain-lain amaran lagi seperti ini:

- Cannot delete file: Access is denied
- There has been a sharing violation.
- The source or destination file may be in use.
- The file is in use by another program or user.
- Make sure the disk is not full or write-protected and that the file is not currently in use.


Ini adalah kerana fail tersebut sedang digunakan oleh sistem untuk menjalankan Proses-proses tertentu. Proses-proses ini boleh dilihat melalui Task Manager. Untuk membuang fail yang sukar dibuang ini kita perlu menghalang (Unlock)  pengunaan fail tersebut oleh Proses. Software seperti Unlocker akan memudahkan tugas kita untuk memadam fail yang sukar dibuang itu. Ada banyak lagi perisian seperti Unlocker, tapi saya lebih suka menggunakan Unlocker kerana lebih mudah untuk digunakan dan lebih cepat. Unlocker akan 'unlock' semua proses yang terlibat dengan fail tersebut dan dengan demikian kita dapatUnlocker akan 'unlock' semua proses yang terlibat dengan fail tersebut dan dengan demikian kita boleh mengedit fail jadi samada anda ingin membuang / remove / menamakan semula mengedit fail cuaca jika anda ingin membuang / remove / menamakan semula delete/cut/move/rename.


Apabila anda delete sahaja fail yang sukar dibuang, sekiranya fail tersebut digunakan oleh Proses, secara automatik paparan seperti diatas akan keluar. Anda hanya perlu klik Unlock All atau terpulang kepada anda untuk buat apa sahaja dengan fail tadi.

Anda boleh muatturun Unlocker di sini.

Monday, October 12, 2009

Internet Laju, IDM dan Flashgot

Diluar sana banyak Download Manager yang digunakan untuk melajukan muaturun anda. Namun, Download Manager yang terbaik setakat ini adalah Internet Download Manager (IDM). IDM boleh menambahkan kelajuan muaturun anda sehingga 5 kali lebih laju daripada biasa. Saya juga pernah melihat perbezaan antara komputer yang menggunakan IDM dengan yang tidak menggunakan IDM. Apa yang saya perhatikan adalah komputer yang menggunakan IDM bukan sahaja lebih laju dalam memuaturun data, bahkan lebih laju dalam melayari laman web. Itu adalah pengalaman saya menggunakan IDM..

IDM amat mudah digunakan kerana apabila anda klik sahaja link muaturun, IDM akan menangkap URL (Alamat muaturun) dan seterusnya memuaturun secara automatik. IDM juga menyokong penyambungan muaturun yang terputus sebelumnya dan boleh membuat jadual untuk memuaturun data anda.

Untuk gabungan terbaik, anda gunalah IDM dengan perisian Flashgot (Pengguna Firefox). Tidak semua link muaturun membenarkan penggunaan 'Download Manager' dan ini menyusahkan pengguna yang mempunyai kelajuan Internet yang perlahan. Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan Flashgot adalah sangat tepat. Ini kerana Flashgot akan menangkap mana-mana link yang tidak dibenarkan menggunakan Download Manager dan seterusnya menyalurkan saluran untuk muaturun kepada IDM. Jadi, pengguna dapat juga menggunakan Download Manager bagi link-link seperti itu.

Anda boleh mendapatkan perisian IDM di sini dan perisian Flashgot di sini..

Selamat mencuba...

Apa Itu Folder MSOcache?

Kebanyakan orang yang menggunakan perisian Microsoft Office akan mendapati ada satu hidden folder dalam Partition C atau Partition sistem muncul. Hidden folder yang dimaksudkan adalah 'MSOcache'. Local Install Source telah membuat folder ini untuk menghalang pengguna Microsoft Office daripada memasukkan CD ketika membaiki program 'Office' yang rosak.

Kebiasaannya saiz folder ini memakan ruang lebih daripada 200 MB. Banyak juga ruang yang diguna folder ini. Jadi, terserahlah kepada anda samada untuk membuangnya atau tidak.

Untuk menghalang folder ini dicipta, semasa melakukan installation program 'Office', pilih ruangan Delete Installation Files.

Namun, untuk membuangnya setelah folder dicipta, jangan gunakan explorer untuk menghapuskannya.. Anda cuma perlu menjalankan 'Disk Cleanup' seperti dibawah:

1. Klik Start
2. Pilih All Programs
3. Pilih Accessories
4. Pilih System Tools
5. Klik Disk Cleanup
6. Disk Cleanup akan mengira jumlah fail yang boleh dibuang
7. Daripada senarai Drives dalam Select Drive dialog box, pilih hardisk yang mengandungi folder Msocache.
8. Pilih Office Setup Files dalam senarai Files to Delete
9. Klik OK.
10. Apabila ditanya Are you sure you want to delete these files? Pilih Yes
11. Selesai..