Great Finder

Di sini anda boleh cari Lagu, Movie, Anime, Video, dan Software. Saya telah mudahkan pencarian anda supaya anda dapat download apa yang anda cari daripada file hosting yang telah saya pilih. Jadi, taipkannya dibawah dan cari lah apa-apa pun. Selamat mencari....
Loading

Monday, October 12, 2009

Apa Itu Folder MSOcache?

Kebanyakan orang yang menggunakan perisian Microsoft Office akan mendapati ada satu hidden folder dalam Partition C atau Partition sistem muncul. Hidden folder yang dimaksudkan adalah 'MSOcache'. Local Install Source telah membuat folder ini untuk menghalang pengguna Microsoft Office daripada memasukkan CD ketika membaiki program 'Office' yang rosak.

Kebiasaannya saiz folder ini memakan ruang lebih daripada 200 MB. Banyak juga ruang yang diguna folder ini. Jadi, terserahlah kepada anda samada untuk membuangnya atau tidak.

Untuk menghalang folder ini dicipta, semasa melakukan installation program 'Office', pilih ruangan Delete Installation Files.

Namun, untuk membuangnya setelah folder dicipta, jangan gunakan explorer untuk menghapuskannya.. Anda cuma perlu menjalankan 'Disk Cleanup' seperti dibawah:

1. Klik Start
2. Pilih All Programs
3. Pilih Accessories
4. Pilih System Tools
5. Klik Disk Cleanup
6. Disk Cleanup akan mengira jumlah fail yang boleh dibuang
7. Daripada senarai Drives dalam Select Drive dialog box, pilih hardisk yang mengandungi folder Msocache.
8. Pilih Office Setup Files dalam senarai Files to Delete
9. Klik OK.
10. Apabila ditanya Are you sure you want to delete these files? Pilih Yes
11. Selesai..

No comments:

Post a Comment