Great Finder

Di sini anda boleh cari Lagu, Movie, Anime, Video, dan Software. Saya telah mudahkan pencarian anda supaya anda dapat download apa yang anda cari daripada file hosting yang telah saya pilih. Jadi, taipkannya dibawah dan cari lah apa-apa pun. Selamat mencari....
Loading

Monday, October 12, 2009

Internet Laju, IDM dan Flashgot

Diluar sana banyak Download Manager yang digunakan untuk melajukan muaturun anda. Namun, Download Manager yang terbaik setakat ini adalah Internet Download Manager (IDM). IDM boleh menambahkan kelajuan muaturun anda sehingga 5 kali lebih laju daripada biasa. Saya juga pernah melihat perbezaan antara komputer yang menggunakan IDM dengan yang tidak menggunakan IDM. Apa yang saya perhatikan adalah komputer yang menggunakan IDM bukan sahaja lebih laju dalam memuaturun data, bahkan lebih laju dalam melayari laman web. Itu adalah pengalaman saya menggunakan IDM..

IDM amat mudah digunakan kerana apabila anda klik sahaja link muaturun, IDM akan menangkap URL (Alamat muaturun) dan seterusnya memuaturun secara automatik. IDM juga menyokong penyambungan muaturun yang terputus sebelumnya dan boleh membuat jadual untuk memuaturun data anda.

Untuk gabungan terbaik, anda gunalah IDM dengan perisian Flashgot (Pengguna Firefox). Tidak semua link muaturun membenarkan penggunaan 'Download Manager' dan ini menyusahkan pengguna yang mempunyai kelajuan Internet yang perlahan. Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan Flashgot adalah sangat tepat. Ini kerana Flashgot akan menangkap mana-mana link yang tidak dibenarkan menggunakan Download Manager dan seterusnya menyalurkan saluran untuk muaturun kepada IDM. Jadi, pengguna dapat juga menggunakan Download Manager bagi link-link seperti itu.

Anda boleh mendapatkan perisian IDM di sini dan perisian Flashgot di sini..

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment