Great Finder

Di sini anda boleh cari Lagu, Movie, Anime, Video, dan Software. Saya telah mudahkan pencarian anda supaya anda dapat download apa yang anda cari daripada file hosting yang telah saya pilih. Jadi, taipkannya dibawah dan cari lah apa-apa pun. Selamat mencari....
Loading

Friday, August 14, 2009

Dijangkiti virus Conficker atau tidak?

Anda ingin mengetahui samada komputer anda dijangkiti virus conficker atau tidak? Anda layari sahaja laman web ini:

www.baylor.edu

Segala penerangan tentang jangkitan diterangkan dalam web tersebut. Jika komputer talah dijangkiti virus ini, anda boleh menggunakan Conficker Remover untuk membuang virus tersebut..

Simptom-simptom komputer dijangkiti Virus

Disini saya cuba senaraikan beberapa simptom yang menunjukkan komputer anda dijangkiti oleh virus. Namun, simptom-simptom ini berbeza kerana bergantung kepada jenis virus-virus komputer dan setting komputer itu sendiri:

* Komputer terlalu lembab daripada biasa
* Komputer kerap hang, dan tidak respon
* Komputer crash dan restart dengan sendiri
* Anda tidak dapat Logon ke dalam sistem (sistem akan Logoff secara automatik)
* Banyak aplikasi-aplikasi dalam komputer gagal berfungsi
* Tidak dapat akses Hardisk, Pendrive, dan Removable media
* Printing yang tidak betul
* Lebih banyak mesej error daripada sistem
* Tidak dapat akses Task Manager dan Registry Editor
* Folder Option hilang
* Tidak dapat mengaktif dan melihat hidden file
* Antivirus gagal berfungsi dan tidak dapat diinstall ke dalam sistem
* Sistem mengambil masa yang terlalu lama untuk boot
* Fail autorun.inf dibuat oleh sistem secara automatik ke dalam 'Disk' dan Pendrive

Selain daripada simptom-simptom di atas, ada banyak lagi kesan-kesan yang disebabkan oleh virus. Saranan yang disyorkan untuk menghalang perkara diatas adalah:

* Tutup System restore
* Selalu update antivirus
* Selalu juga update Windows dari laman web Microsoft (Untuk Windows Original sahaja)
* Pakai Firewall selain Firewall Windows
* Scan Pendrive sebelum membukanya (Untuk scan automatik, guna Pendrive Protector)

Saranan diatas berdasarkan pengalaman saya sahaja. Diharap saranan tersebut dapat membantu anda untuk menghalang daripada dijangkiti virus. Selamat mencuba...