
Bing adalah enjin carian terbaru daripada syarikat Microsoft. Bing dikatakan cuba untuk menyaingi enjin carian popular di dunia, Google. Enjin carian Bing sangat ringkas seperti enjin carian Google, tetapi mempunyai kelainan dengan penambahan background yang sangat cantik. Mungkin background ini dapat menarik pengguna internet untuk menggunakan Bing sebagai enjin carian default mereka. Namun, enjin carian ini sedang dalam percubaan (beta) dan memerlukan feedback dari pengguna internet. Anda boleh klik Bing untuk melihat sendiri enjin carian tersebut.
No comments:
Post a Comment