Great Finder

Di sini anda boleh cari Lagu, Movie, Anime, Video, dan Software. Saya telah mudahkan pencarian anda supaya anda dapat download apa yang anda cari daripada file hosting yang telah saya pilih. Jadi, taipkannya dibawah dan cari lah apa-apa pun. Selamat mencari....
Loading

Monday, April 12, 2010

Windows 7: Explorer.exe tidak berfungsi ketika Startup

Kemungkinan serangan virus menyebabkan pengguna tidak dapat masuk ke dalam sistem Windows Seven. Keadaan ini disebabkan Explorer.exe tidak dijalankan (not executed) semasa Startup. Pengguna hanya dapat melihat Wallpaper dan Cursor sahaja tetapi tidak dapat melihat Icon pada Desktop.



1. Tekan Shift Key beberapa kali (5 kali ke atas) sehingga keluar Popup bertulis "Do you want to turn sticky keys on?"
2. Klik pada  "go to the ease of access center to disable the keyboard shortcut".
3. Tetingkap baru akan muncul.
4. Taipkan C:\ pada address bar
5. Pergi ke C:\windows\ dan klik pada explorer.exe.
6. Sekarang anda telah berjaya melihat icon-icon dipaparkan bermakna explorer.exe telah diaktifkan.
7. Lakukan pembersihan virus dengan Antivirus.

Selama mencuba...

Monday, February 22, 2010

HJ-Split: Menyatukan Fail-fail ‘Part’

Post kali ini saya akan menggunakan HJ-Split untuk menyambung fail-fail yang dipecahkan ke beberapa bahagian. Hj-Split juga boleh digunakan untuk ‘Split’ fail yang besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Pemecahan fail yang besar kepada bahagian yang lebih kecil memudahkan kita untuk ‘Upload’ ke laman web atau ke penyimpan data online.

Download HJ-Split

Fail extension yang dikenal oleh HJ-Split adalah .001, .002, dan seterusnya.. Sebelum menyatukan fail, pastikan semua ‘Part’ fail tersebut berada dalam satu lokasi atau folder yang sama.


Buka Hj-Split:


1) Klik ‘Join’

2) Klik ‘Input File’
3) Hj-Split hanya akan mengenalpasti extension .001 sahaja. Pilih fail 001 tersebut.
4) Klik ‘Open’

5) Pilih lokasi ‘Output’
6) Klik ‘Start’. Tunggu sementara fail diproses

7) Selesai..

Thursday, November 26, 2009

Radio-radio Online Malaysia : Malaysian Radio v3

Bagi sesiapa yang nak dengar radio-radio Malaysia secara online, ada satu software yang telah di buat oleh saudara Acapz dari Kuala Lumpur Metropolitan University. Interface radio ini sangat ringkas tetapi memadai untuk anda mendengar radio secara online..



Software ni percuma saja.. tetapi sesiapa yang bermurah hati untuk menderma kepada programmer software ni, boleh lah menekan butang 'Donate' yang telah disediakan dalam software tersebut.. Support lah programmer tempatan agar usaha mereka berbaloi mencipta software yang percuma ini.. Hargailah usaha mereka.. Download di sini

Sunday, November 22, 2009

Antivirus Percuma: Panda Cloud Antivirus

Ramai yang mahukan komputer masing-masing dilindungi daripada ancaman virus-virus, malware dan spyware. Sedar dengan keerluan pengguna komputer di seluruh dunia, syarikat antivirus Panda telah mencipta Panda Cloud Antivirus yang paling ringan dengan ciri-ciri keselamatan yang bagus dan perlindungan secara real-time.




Panda Cloud Antivirus adalah percuma, ringkas, ringan dan anda boleh update definisi virus selang 6 minit berbanding antivirus yang lain yang memakan masa sehingga dua hari untuk update definisi virus yang baru. Yang menariknya, anda tidak perlu bergantung kepada Makmal Sekuriti untuk perlindungan, tetapi bergantung kepada perkongsian maklumat oleh komuniti internet seluruh dunia. Setiap saat ada fail-fail malware yang dianalisis dan keputusannya dikongsi bersama pengguna antivirus ini seterusnya membuatkannya lebih efektif. Apa yang boleh dikatakan, Panda Cloud Antivirus ini adalah Antivirus Komuniti.

Pergi ke laman web Cloudantivirus untuk download dan mencuba sendiri antivirus kecil ini..

Friday, October 30, 2009

Padam Fail Yang Sukar Dihapuskan

Kadang-kadang, ketika kita ingin memadam beberapa fail, tetingkap amaran muncul seperti ini:

 

Dan lain-lain amaran lagi seperti ini:

- Cannot delete file: Access is denied
- There has been a sharing violation.
- The source or destination file may be in use.
- The file is in use by another program or user.
- Make sure the disk is not full or write-protected and that the file is not currently in use.


Ini adalah kerana fail tersebut sedang digunakan oleh sistem untuk menjalankan Proses-proses tertentu. Proses-proses ini boleh dilihat melalui Task Manager. Untuk membuang fail yang sukar dibuang ini kita perlu menghalang (Unlock)  pengunaan fail tersebut oleh Proses. Software seperti Unlocker akan memudahkan tugas kita untuk memadam fail yang sukar dibuang itu. Ada banyak lagi perisian seperti Unlocker, tapi saya lebih suka menggunakan Unlocker kerana lebih mudah untuk digunakan dan lebih cepat. Unlocker akan 'unlock' semua proses yang terlibat dengan fail tersebut dan dengan demikian kita dapatUnlocker akan 'unlock' semua proses yang terlibat dengan fail tersebut dan dengan demikian kita boleh mengedit fail jadi samada anda ingin membuang / remove / menamakan semula mengedit fail cuaca jika anda ingin membuang / remove / menamakan semula delete/cut/move/rename.


Apabila anda delete sahaja fail yang sukar dibuang, sekiranya fail tersebut digunakan oleh Proses, secara automatik paparan seperti diatas akan keluar. Anda hanya perlu klik Unlock All atau terpulang kepada anda untuk buat apa sahaja dengan fail tadi.

Anda boleh muatturun Unlocker di sini.

Monday, October 12, 2009

Internet Laju, IDM dan Flashgot

Diluar sana banyak Download Manager yang digunakan untuk melajukan muaturun anda. Namun, Download Manager yang terbaik setakat ini adalah Internet Download Manager (IDM). IDM boleh menambahkan kelajuan muaturun anda sehingga 5 kali lebih laju daripada biasa. Saya juga pernah melihat perbezaan antara komputer yang menggunakan IDM dengan yang tidak menggunakan IDM. Apa yang saya perhatikan adalah komputer yang menggunakan IDM bukan sahaja lebih laju dalam memuaturun data, bahkan lebih laju dalam melayari laman web. Itu adalah pengalaman saya menggunakan IDM..

IDM amat mudah digunakan kerana apabila anda klik sahaja link muaturun, IDM akan menangkap URL (Alamat muaturun) dan seterusnya memuaturun secara automatik. IDM juga menyokong penyambungan muaturun yang terputus sebelumnya dan boleh membuat jadual untuk memuaturun data anda.

Untuk gabungan terbaik, anda gunalah IDM dengan perisian Flashgot (Pengguna Firefox). Tidak semua link muaturun membenarkan penggunaan 'Download Manager' dan ini menyusahkan pengguna yang mempunyai kelajuan Internet yang perlahan. Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan Flashgot adalah sangat tepat. Ini kerana Flashgot akan menangkap mana-mana link yang tidak dibenarkan menggunakan Download Manager dan seterusnya menyalurkan saluran untuk muaturun kepada IDM. Jadi, pengguna dapat juga menggunakan Download Manager bagi link-link seperti itu.

Anda boleh mendapatkan perisian IDM di sini dan perisian Flashgot di sini..

Selamat mencuba...

Apa Itu Folder MSOcache?

Kebanyakan orang yang menggunakan perisian Microsoft Office akan mendapati ada satu hidden folder dalam Partition C atau Partition sistem muncul. Hidden folder yang dimaksudkan adalah 'MSOcache'. Local Install Source telah membuat folder ini untuk menghalang pengguna Microsoft Office daripada memasukkan CD ketika membaiki program 'Office' yang rosak.

Kebiasaannya saiz folder ini memakan ruang lebih daripada 200 MB. Banyak juga ruang yang diguna folder ini. Jadi, terserahlah kepada anda samada untuk membuangnya atau tidak.

Untuk menghalang folder ini dicipta, semasa melakukan installation program 'Office', pilih ruangan Delete Installation Files.

Namun, untuk membuangnya setelah folder dicipta, jangan gunakan explorer untuk menghapuskannya.. Anda cuma perlu menjalankan 'Disk Cleanup' seperti dibawah:

1. Klik Start
2. Pilih All Programs
3. Pilih Accessories
4. Pilih System Tools
5. Klik Disk Cleanup
6. Disk Cleanup akan mengira jumlah fail yang boleh dibuang
7. Daripada senarai Drives dalam Select Drive dialog box, pilih hardisk yang mengandungi folder Msocache.
8. Pilih Office Setup Files dalam senarai Files to Delete
9. Klik OK.
10. Apabila ditanya Are you sure you want to delete these files? Pilih Yes
11. Selesai..